Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP: Kecuaian punca tujuh ekor gajah mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP: Kecuaian punca tujuh ekor gajah mati

KOTA KINABALU: DAP menyifatkan kematian tujuh ekor gajah kerdil Borneo berpunca daripada kecuaian pihak berkuasa, justeru mahu pihak terbabit memberi penjelasan sewajarnya mengenai kejadian itu.

Gajah berkenaan telah mati selepas terperangkap di dalam kolam lumpur berdekatan Kem Pembalakan Berkat Saga di Rinukut, Sabtu lalu.

“Kolam lumpur itu adalah buatan manusia. Kecuaian pihak-pihak tertentu dengan mengabaikan kolam tersebut tanpa sebarang pagar telah menyebabkan tragedi ini berlaku,” kata

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Chan Foong Hin seperti dipetik roketkini.

“Kami tidak mahu mendengar retorik lama dari Jabatan Perhutanan atau Jabatan Hidupan Liar Sabah, kononnya penyiasatan sedang dilakukan,” katanya.

Kejadian serupa pernah terjadi tiga tahun lalu, namun hingga sekarang tidak ada sebarang tindakan susulan.

Pada 2013, sebanyak 14 gajah kerdil Borneo mati secara misteri di Hutan Simpan Rara berdekatan Tawau yang mendapat perhatian seluruh masyarakat antarabangsa, khususnya organisasi pencinta alam sekitar.

“Tapi sampai sekarang, selepas tiga tahun berlalu dan tujuh lagi gajah telah mati, kita masih tidak tahu siapa di sebalik kematian 14 gajah kerdil itu,” ujarnya.

“Mengapa kolam lumpur itu boleh wujud di kawasan itu dan mengapa ia digali sebenarnya? Adakah untuk menyembunyikan balak haram di dalam hutan?

Katanya: “Kami sebagai rakyat amat sedih dan marah dengan perkara ini. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab wajib menjelaskan perkara sebenar.” – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.