Canon EOS 5D Mark IV Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM15,299
Canon telah mengumumkan kamera DSLR terbaru mereka, iaitu EOS 5D Mark IV beberapa minggu sebelum ini, dan hari ini mereka telah melancarkan kamera berkenaan secara rasminya untuk pasaran Malaysia.
Menjadi fokus utama untuk kamera ini adalah sokongan rakaman 4K melaluinya, membolehkan pengguna membuat rakaman video pada resolusi 4096×2160 pixel pada kadar kelajuan 30fps atau 24fps. Selain pada resolusi yang tinggi, pengguna turut boleh merakamkan video pada resolusi 1080p yang menawarkan kadar kelajuan bingkai lebih pantas, iaitu 60fps.
Melengkapkan kamera ini adalah sensor CMOS 30.4-megapixel yang menawarkan sokongan ISO antara 100-32000. Menjana rakaman dan pemprosesan gambar adalah sebuah cip pemprosesan imej khusus, Digic 6+. Ia turut hadir dengan skrin sentuh LCD bersaiz 3.2-inci, dan menyertakan sokongan WiFi, NFC dan juga GPS.
Untuk tawaran pengenalan ini, Canon EOS 5D Mark IV ditawarkan pada harga bermula RM15,299. Sementara kit EOS 5D Mark IV Kit (EF 24-70 L IS) pula ditawarkan pada harga RM18,399. Canon Malaysia turut akan membawa masuk kit EOS 5D Mark IV Kit (EF 24-105 IS II) pada bulan November 2016 kelak, dan ditawarkan pada harga RM19,399.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2d0hFUD
Post a Comment