Penerbangan AirAsia, AirAsia X dijadual semula pada 26-29 Sept
KUALA LUMPUR: Beberapa penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang berlepas dari Kuala Lumpur antara 26 dan 29 Sept akan dijadualkan semula untuk penerbangan lebih awal atau kemudian bagi penutupan ruang udara.
AirAsia dalam sstu kenyataan berkata, langkah ini diambil berikutan penutupan ruang udara bagi kaji selidik udara oleh pihak berkuasa.
Syarikat penerbangan kos rendah itu berkata, semua penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur melalui klia2 mulai pukul 11 pagi hingga 11.59 pagi dan mulai 2 petang hingga 2.59 petang (GMT+8) semasa tempoh berkenaan akan dijadualkan semula
Untuk itu, AirAsia dan AirAsia X telah memaklumkan semua penumpang yang terjejas melalui e-mel dan SMS.
Para penumpang yang menggunakan perkhidmatan antara tarikh dan masa tersebut dinasihati agar memeriksa e-mel dan telefon bimbit mereka untuk pemberitahuan penjadualan semula itu.
Tambahnya, penumpang juga dapat melayari www.airasia.com dan memeriksa waktu penerbangan sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment