Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liya Maisarah, Kanak-Kanak 12 Tahun Punya Puluhan Ribu Pengikut Di Instagram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liya Maisarah, Kanak-Kanak 12 Tahun Punya Puluhan Ribu Pengikut Di Instagram

Selalunya pada usia 12 tahun, kanak-kanak tidak mengenakan solekan atau memakai kanta lekap berwarna. Namun berlainan dengan seorang kanak-kanak di Instagram bernama Liya Maisarah.

Menggunakan kata nama  @liyamaisarah_, setiap gambar yang dimuat naik oleh kanak-kanak ini menampilkan gayanya sebagai muslimah, mendapat ribuan likes.

Seperti Instafamous lain, jumlah pengikut yang ramai dipergunakan dengan sebaiknya. Liya Maisarah juga menawarkan perkhidmatan pengiklanan dan review produk di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, ada yang berpendapat Liya Maisarah tidak sepatutnya bergaya seperti wanita dewasa di Instagram kerana dia ternyata masih kanak-kanak. Kanak-kanak 12 tahun sepatutnya menjadi seperti kanak-kanak lain iaitu berpakaian seperti kanak-kanak, tidak bersolek mahupun mengenakan kanta lekap warna-warni.

liya-maisarah-kanak-kanak-12-tahun-punya-puluhan-ribu-pengikut-di-instagram1

liya-maisarah-kanak-kanak-12-tahun-punya-puluhan-ribu-pengikut-di-instagram2

liya-maisarah-kanak-kanak-12-tahun-punya-puluhan-ribu-pengikut-di-instagram3

liya-maisarah-kanak-kanak-12-tahun-punya-puluhan-ribu-pengikut-di-instagram4

Namun pada era media sosial seperti sekarang, semua orang mempunyai akses kepada pengikut. Wajah cantik dan comel memang biasanya menarik minat orang ramai.

Menjadi cantik dan comel seperti wanita dewasa merupakan satu standard yang sukar dicapai oleh kebanyakan kanak-kanak 12 tahun. Namun begitu sesetengah pihak mungkin menganggap ia perkara yang baik kerana sekurang-kurangnya dia mampu mencari wang saku sendiri pada usia yang masih sangat muda dan mungkin juga dapat membantu ekonomi keluarga. Apa pendapat anda?

Sumber : Amazingnara.com



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.