Rimas Selalu Disoal Bila Nak Beranak Aku NEKAD Jumpa Doktor. Ini Yang Doktor Buat Sampai Aku HAMIL !!!
Rimas Selalu Disoal Bila Nak Beranak Aku NEKAD Jumpa Doktor. Ini Yang Doktor Buat Sampai Aku HAMIL !!!| Less people know that I’m getting pregnant (Anggun) after we trying to conceive (TTC) secara konsisten selama lebih kurang 6 bulan. Masa tu tempoh perkahwinan baru setahun lebih. Sebab rimas diasak soalan bila nak beranak, aku buat keputusan untuk jumpa Pakar Obstetri & Ginekologi (O&G). Lagipun aku fikir, takkan umur dah 50 tahun baru nak hantar anak masuk darjah satu.
Secara purata, wanita akan mengandung dalam masa 6 bulan selepas berkahwin (kecuali family planning). So, there’s no need to be shy kalau nak jumpa O&G just after 6 months of marriage. Lebih2 lagi kalau si isteri tahu yang dia mungkin bermasalah. Macam period irregular, strong period pain everymonth etc. Tak perlu tunggu sampai 5-6 tahun dengan berpegang kepada “belum ada rezeki” sedangkan you never do any check ups.
Suami selalunya agak ego bila isteri ajak buat check up. Risau kalau2 dia yang bermasalah. Malu dilabel mandul. But, you know what, I’ve been through all the process. Out of all the process, suami hanya buat satu test sahaja. SATU. Sperm count. Even the doctor doesnt have to touch you. Get your semen out, send it to the lab and BOOM! Just wait for the result. So, kalau sperm count okay, that is all. Kalau sperm count kurang, they will proceed to next process. Next process aku tak tahu sebab my husband didnt need to do it.
For the wife, aku tak berapa ingat secara details process tu. Tapi untuk first appointment dengan pakar, dia interview sikit2 macam period cycle, and so on. Lepastu dia check rahim (bukan Rahim R2, tak kelakar ok). Dia masukkan alat through your vagina untuk check rahim tu ada cyst ke, fibriod ke. Luckily mine are all clear. Lepastu doktor bagi referral letter untuk buat HSG test sebab dekat hospital tu takde kemudahan untuk buat test tu.
I took quite sometime untuk buat HSG test tu sebab aku mencari hospital yang ada doktor perempuan untuk buat test tu. My advice, if you have enough money, carilah hospital yang provide doktor perempuan untuk semua process ni. Kau tak akan rasa selesa kalau doktor lelaki yang pegang private part tu. HSG test ni basically test untuk check tiub Fallapio ada tersumbat atau tak. Dia akan masukkan dye ke dalam tu. Tiub Fallapio ada dua. So, kalau satu tersumbat, satu lagi boleh berfungsi dan tak ada masalah untuk mengandung.
Among all the process, HSG test is the most painfull. Sebab aku tak biasa dengan strong period pain, so test ni sangat menyakitkan. Bukan lepas test siap terus hilang sakit. Sakit sampai malam tak hilang lagi. Kalau sakit perut, boleh la sapu minyak angin. Ini sakit dekat belah dalam. Untuk HSG test ni, result dapat lepas 30 minit test. Both my Fallopian tube are clear.
Lepas dah ada result, aku set another appointment dengan O&G. Dia review result sperm count and HSG. Aku dan suami dua2 tak ada masalah. Lepastu kalau tak silap aku, doktor mintak aku datang balik hari ke 14 cycle period aku bulan depan untuk next check up. So, next check up lepas doktor explain semua, dia prescribe aku ambil satu injection. Pregnyl injection. Cucuk kat punggung. So, Pregnyl tu akan berfungsi dalam tempoh 24-48jam selepas injection. So, you have to do what you have to do with your partner. Kalau tak, membazir jela.
After the Pregnyl injection, there comes the Two Weeks Wait. Kau akan dapat tahu, berjaya atau tidak mengandung adalah selepas 2 minggu. Or maybe it will take longer sebab kalau buat urine test awal2 mungkin result akan negatif. So, if your period is late than usual, CONGRATULATIONS! Alhamdulilah, I got pregnant just after one jab of Pregnyl.
So nasihat aku kepada pasangan yang dah kahwin agak lama dan masih belum ada anak, bolehlah call mana2 hospital untuk buat appointment. Tak perlu tunggu sampai 5 tahun baru nak jumpa doktor. Maybe its too late time tu. Aku perempuan, so aku tahu macam mana rasanya mak mertua, makcik, tok nenek dan jiran tanya bila nak mengandung? Yang dah jumpa doktor tapi masih belum ada rezeki, teruskan berusaha. Rezeki ni bukan datang dalam bentuk anak je. Tuhan bagi rezeki ni macam2.
P/s: Sorry sebab campur aduk Bahasa Melayu dan Inggeris. Kalau tak faham, bolehlah tanya. Process di hospital berbeza setiap individu bergantung kepada masalah yang dikenal pasti oleh doktor.
UPDATE: Sebab ramai yang tanya kos, aku tambah dekat sini.
Kos keseluruhan tak ingat. Tapi untuk HSG test RM180. Injection Pregnyl RM63. Check up dengan Pakar O&G lebih kurang RM200 each visit.
Pakar O&G Dr Fazlina Hanum, Hospital Az Zahrah Bangi. Untuk HSG test, Dr Nurhayati, KPJ Damansara. Untuk makluman, Az Zahrah tiada equipment untuk buat HSG test.
Total visit untuk check ups lebih kurang 5-6 kali termasuk HSG test, blood test, injection Pregnyl dan lain2.
P.S. 1 – Isteri Hairan Suami Tidak Mahu Bergambar Bersama… Rupa-Rupanya Segalanya Terbongkar Apabila Isteri Terlihat…
P.S. 2 – Doktor Ini DEDAHKAN RAHSIA Untuk Cepat Hamil Yang Ramai Pasangan Terlepas Pandang !!!
P.S. 3 – Ramai TERPANA Melihat Gadis Cantik Ini…Namun, Anda Pasti TERKEJUT Lihat Dimana Dia Tinggal !!!
P.S. 4 – TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!!
P.S. 5 – 4 Tahun Suami Tak Bekerja. Namun Boleh Sara Keluarga Dan Rumah Mewah, Rupa-Rupanya Ini KERJA Suami !!!
The post Rimas Selalu Disoal Bila Nak Beranak Aku NEKAD Jumpa Doktor. Ini Yang Doktor Buat Sampai Aku HAMIL !!! appeared first on EKSIDENZ.
Penyumbang : EKSIDENZ
Post a Comment