Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tiada masalah dengan mulut saya’ – Duterte - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tiada masalah dengan mulut saya’ – Duterte

MANILA: Dalam usaha untuk menangkis kritikan terhadapnya, Presiden Rodrigo Duterte berkata, mulutnya bukan  punca Filipina dilukiskan secara negatif oleh negara luar.

Bercakap di hadapan anggota polis di Kem Vicente Alagar di Cagayan de Oro malam kelmarin, Duterte berkata, meluasnya pengedaran dadah sepatutnya menjadi isu utama, bukannya kenyataan beliau.

Duterte yang mulai menduduki kerusi Presiden pada 30 Jun lalu disifatkan sebagai lantang dan celopar.

“Jangan asyik merungut tentang mulut saya kerana mulut saya bukan masalahnya. Ia tidak boleh meruntuhkan negara ini,” kata Duterte seperti dipetik Manila Times.

Pada Selasa, pengkritik utama perang terhadap pengedaran dan penyalahgunaan dadah,   Senator Leila de Lima, berkata pembunuhan sebanyak 3,000 suspek dadah dan makiannya terhadap pemimpin dunia menyebabkan negara ini dilapor secara negatif oleh media antarabangsa.

Pejuang hak asasi manusia dan negara luar telah mengkritik ancaman beliau terhadap penjenayah sehingga berlaku peningkatan dari segi jumlah mereka yang dibunuh.

Tetapi kata Duterte: “Namun, tidak terdapat undang-undang sedemikian…Tunjukkan kepada saya undang-undang yang menyekat Presiden daripada mengancam penjenayah.” Duterte mengulangi kenyataannya, beliau tidak pernah mengarahkan penguat kuasa undang-undang membunuh mereka yang tidak bersalah.

“Kini,  apa arahan saya kepada pihak polis?…Jalankan tugas anda. Pergi, tangkap mereka, dan jika terdapat tentangan sehingga menyebabkan nyawa anda terancam…bunuh mereka,” katanya.

Duterte berkata beliau kurang gembira dengan pencapaian perang terhadap kegiatan dadah, sambil menambah, “pada kadar 1 hingga 10, kita hanya mencapai tahap  lima.”

Duterte mahu diberi tempoh enam bulan lagi untuk menghapuskan kegiatan itu kerana terlalu banyak yang terbabit dalam perniagaan dadah, dan beliau “tidak dapat membunuh kesemua mereka.”

“Mereka kata kenyataan saya dapat menjejaskan penarafan kewangan dan ekonomi. Pedulikan, tinggalkan negara ini. Kami boleh lakukan sendiri. Saya boleh pergi ke China, saya boleh pergi ke Rusia,” katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.