Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syor PM dua penggal: UMNO percaya rakyat tidak tertarik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syor PM dua penggal: UMNO percaya rakyat tidak tertarik

KOTA BHARU: Ketua Penerangan UMNO  yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan tertarik dengan cadangan berkenaan agar tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan dua penggal sahaja.

Tan Sri Annuar Musa malah menyifatkan cadangan sedemikian  hanya bertujuan untuk meraih sokongan semata-mata.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata,  cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu hanya tertakluk kepada parti berkenaan sahaja kerana beliau tiada hak untuk mencadangkan perkara itu kepada parti lain.

PPBM yang mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini, dijangka akan bersaing dengan calon UMNO/BN dalam pilihan raya umum nanti.

Sama ada ia dapat mencapai kejayaan, banyak bergantung kepada sejauh mana ia dapat menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain, terutama PAS dan PKR, serta mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Kelmarin, Mukhriz dilapor berkata parti itu akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal  sekiranya kerajaan baharu ditubuhkan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14, bagi mengelak krisis pentadbiran.

“Kadang-kadang ada jenis orang yang suka mencadangkan kepada orang lain untuk membuat sesuatu tetapi dia sendiri tidak berbuat seperti apa yang dicadangkan,” kata Annuar kepada pemberita selepas Majlis Mesra Oghe Tere di Bukit Marak di sini, hari ini.

Penganalisis politik mempertikaikan mengapa hanya sekarang Mukhriz mengemukakan cadangan sedemikian, sedangkan ketika ayahnya memerintah selama 22 tahun, cadangan berkenaan tidak pernah pun dibentangkan.

Malah ketika Mahathir hendak berundur pun ada yang memujuk  supaya beliau terus memerintah. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.