‘Kalau Kau Dulu Tak Buat Anak Ramai-ramai, Mesti Kau Tak Susah Macam Ini’ – Mentua
Saya ibu tungal yang kematian suami.. anak seramai 3 org saya berumur 26 tahun.. setahun sudah suami meninggal akibat kanser.. saya anak yatim piatu.. saya tingal di rumah mertua sebab sedara semua tak ambil tahu pasal saya sebab mereka semua pentingkan diri.. lepas ibu ayah meninggal tanah dan rumah peningalan mereka yang ambil..
Masalahnya mertua dah 2 bulan tak tegur saya. Pernah sekali dia sindir saya kalau dlu saya tak buat anak ramai2 taklah saya sesusah ini.. ya Allah sedihnya hati saya.. nak lari tapi tiada tempat yang nak dituju.. anak2 saya masih kecil.. yg bongsu baru setahun lebih dan sering sakit2.. mertua macam dah malas nak tangung kami sebab saya tidak bekerja.
Nak kerja tapi anak saya tiada yang jaga.. saya dah urus dikebajikan pasal ibu tunggal dan anak yatim.. tp tiada lagi bantuan diterima setakat ini,, saya hanya disuruh berkali2 datang sampai saya meminjam duit dengan orang untuk tambang tapi tak juga dapat.. ya Allah beratnya dugaan sampai satu tahap saya nak bunuh diri sahaja sebab sudah tidak tahan dengan derita ini semua.. mertua juga buat saya macam pembantu yang tak bergaji.. ya Allah saya nak sangat jumpa suami saya.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment