Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sembunyikan mayat, tiga lelaki kini berada di penjara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sembunyikan mayat, tiga lelaki kini berada di penjara

BANGKOK: Dua orang warga Amerika dan seorang warga Britain yang terbabit dalam aktiviti pemalsuan pasport berdepan beberapa tuduhan selepas polis di bandar raya ini menemui dadah, pistol dan mayat manusia yang dikerat dan disumbat ke dalam peti ais.

Mahkamah Wilayah Phra Khanong  pada Sabtu meluluskan permintaan polis untuk menahan mereka bagi tempoh 12 hari untuk membantu siasatan.

Polis  berkata, mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyoal saksi dan menyemak rekod jenayah  serta meneliti keputusan forensik.

Bangkok Post melaporkan ketiga-tiga suspek yang dikenali sebagai Aaron Thomas Gabel, 33, dan James Douglas Eger, 66, rakyat Amerika dan Peter Andrew Colter, 56, rakyat Britain dibawa ke Penjara Bangkok selepas dinafikan jaminan oleh mahkamah.

Polis masih berusaha untuk mengenal pasti mayat seorang lelaki warga asing yang dibungkus dalam plastik dan disumbat di dalam peti ais di sebuah kedai di Sukhumvit.

Penggeledahan oleh polis pada Jumaat menemui enam pucuk pistol, methamphetamine, marijuana, pasport, pencetak dan bahan kimia.

Polis turut menjumpai pasport suspek dengan nama dan gambar yang berbeza.

Untuk sekian lama, Thailand telah menjadi pangkalan bagi penjenayah asing. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.