Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksi Getir JDT Bertemu Perak Malam Ini: Mora - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksi Getir JDT Bertemu Perak Malam Ini: Mora

Benjamin Mora. – Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan setiap perlawanan yang diharungi oleh penyandang juara Liga Super itu musim ini mencabar termasuk berdepan Perak di Ipoh, malam ini.

Mora berkata, setiap pasukan lawan yang dihadapi skuad Harimau Selatan itu akan turut beraksi bermati-matian untuk menewaskan mereka sama ada di laman sendiri atau di tempat lawan.

Justeru, bagi pertembungan menghadapi skuad Bos Gaurus di Stadium Perak, malam ini, Mora menegaskan persiapan rapi sudah dibuat dalam usaha memburu kemenangan.

Katanya, walaupun mengharungi jadual yang padat tapi latihan selama dua dan tiga hari menjelang pertembungan penting itu memberi kesan positif terhadap pemain walaupun ada dibelenggu kecederaan.

“Sekarang ini khidmat Mohd Fadhli Shas tidak dapat digunakan selepas pemain itu masih belum sembuh dari kecederaan. Tapi saya agak lega selepas Aidil Zafuan Abd Radzak sudah 90 peratus pulih dan kemungkinan tersenarai dalam 18 pemain.

“Setiap pemain juga tampak sudah memahami taktikal baharu yang diterapkan biarpun memakan masa sedikit tapi dalam permainan ada peningkatan. Ia petanda positif walaupun tidak 100 peratus namun ia cukup beri kesan kepada rentak permainan.

“Langkah penggiliran pemain juga memberi kesan kerana pemain bukanlah robot malah pemain memerlukan rehat yang secukupnya. Kami perlu harungi banyak perlawanan bukan saja saingan liga tempatan malah Piala AFC pada 21 Februari ini.” katanya.

Mora berkata, keperluan pemain import seperti Gabriel Guerra memainkan peranan bagi mengimbangi pemain tempatan.

Beliau tidak menolak betapa Perak akan tampil dengan corak permainan berbeza malam ini tatkala skuad itu yang dibarisi pemain tempatan berkualiti dan gandingan import dianggap berbahaya.

“Saya kenal corak permainan Zaquan Adha Abd Radzak kerana pernah di bawah bimbingan saya. Nazrin Nawi dan Jazsarin Jamaluddin juga adalah bekas pemain JDT. Apapun kami tidak risau kelibat individu lawan sebaliknya gusar dengan taktikal permainan lawan, ” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6jhzr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.