Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guardiola Tak Akan Kembali Ke Barcelona - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guardiola Tak Akan Kembali Ke Barcelona

Pep Guardiola

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan tidak akan kembali ke Barcelona sebagai jurulatih selepas masa depan Luis Enrique masih menjadi tanda tanya.

Kontrak Enrique bersama Barcelona tamat hujung musim ini dan peluang untuk dia meninggalkan kelab berkenaan terbuka luas selepas kekalahan 0-4 di tangan Paris St Germain dalam saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona hampir tersingkir daripada pusingan 16 terbaik dan mereka turut ketinggalan di belakang musuh tradisi, Real Madrid dalam pemburuan trofi Liga Sepanyool.

Jurulatih Athletic Bilbao, Ernesto Valverde, dilaporkan menjadi antara calon utama menggantikan Enrique selain Eusebio Sacristan (Real Sociedad) dan Ronaldo Koeman (Everton) yang ketika bergelar pemain menjaringkan gol kemenangan bagi membantu kelab itu menjulang Piala Eropah pertama mereka pada 1992.

Guardiola yang memenangi 14 trofi sepanjang empat tahun mengendalikan Barcelona, berkata tidak pernah terfikir untuk kembali ke Nou Camp sejak meninggalkannya pada 2012.

“Tidak, saya tidak akan kembali ke Barcelona untuk menjadi jurulatih. Tempoh saya di sana sudah habis,” katanya.

Menurut Guardiola, walaupun bergelut dengan aksi tidak menentu namun standard Barcelona masih bertaraf dunia.

“Barcelona masih kelab terbaik dunia,” kata pengendali berusia 46 tahun itu.

“Ia agak mengejutkan dengan situasi mereka sekarang kerana mereka sangat bagus tetapi dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

“Ada banyak kejohanan dan pihak lawan semakin kuat. Kamu boleh menang atau kamu boleh kalah, ia boleh berlaku bila-bila masa saja dan saya pernah laluinya tetapi ada 90 minit perlawanan lagi dan apa jua boleh berlaku.”

Sementara itu, Guardiola berpendapat kualiti dalam saingan bola sepak Inggeris mampu ditingkatkan jika perlawanan ulangan Piala FA dihapuskan. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lWToTt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.