Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPJ, SKMM Digesa Sekat Taktik Penipuan Jualan Kenderaan Atas Talian – Terpedaya Harga Murah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPJ, SKMM Digesa Sekat Taktik Penipuan Jualan Kenderaan Atas Talian – Terpedaya Harga Murah

Penangan terpengaruh dengan jualan kenderaan yang ditawarkan harga yang murah, ramai pembeli yang terpedaya kerana ada di antara iklan yang dipaparkan menerusi jualan atas talian melibatkan penipuan. Menurut Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor, Khoo Kah Jin, pihaknya telah menerima banyak aduan mengenai taktik penipuan sebegini sejak tahun lalu.

Justeru, pihaknya menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat penipuan melalui iklan jualan kenderaan atas talian, laporan Kosmo.

Katanya, taktik yang digunakan ialah memaparkan gambar kenderaan yang dijual oleh syarikat kenderaan terpakai tetapi menggunakan maklumat iklan palsu. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan adakalanya lebih rendah sehingga 50% berbanding syarikat kereta terpakai.

“Mangsa menyedari ditipu apabila pengiklan ini gagal dihubungi selepas wang tempahan dimasukkan ke akaun mereka,” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya lagi, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima tujuh aduan melibatkan kerugian antara RM500 hingga RM7,500 selepas tertipu dengan iklan di laman web. Kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan berusia terutamanya dari Pantai Timur kerana tertaik dengan tawaran harga kenderana murah.

“Saya ingin menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati jika melayari iklan jualan kenderaan di Internet. Malah orang ramai disarankan berurusan terus di premis yang berdaftar bagi mengelakkan terpedaya,” ujarnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ltw422

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.