Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Akan Terbalikkan Keputusan PSG – Suarez - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Akan Terbalikkan Keputusan PSG – Suarez

PENYERANG Barcelona, Luis Suarez menghadiri perasmian edisi ke-12 buku ‘Relats solidaris de l’esport’ (kisah perpaduan dalam sukan) di Barcelona. – Foto AFP

BARCELONA: Luis Suarez menegaskan Barcelona tidak akan mengaku kalah dalam saingan Liga Juara Juara walaupun selepas menempuh detik sukar dan menyakitkan apabila dimalukan Paris St Germain (PSG), 4-0 dalam perlawanan pertama peringkat 16 terbaik minggu ini.

“Jika kami mahu melakukan sejarah untuk kelab, kami akan terbalikkan keputusan itu,” kata Suarez ketika menghadiri program kebajikan kelab di Barcelona.

“Kami adalah pasukan terbaik di dunia. Jika ada pasukan yang boleh menukar keputusan itu, ia adalah Barcelona,” kata pemain Uruguay ini.

Setakat ini, tiada pasukan yang mampu layak selepas tewas 4-0 di peringkat kalah mati Liga Juara Juara.

Barca, yang merangkul gelaran Liga Juara Juara sebanyak lima kali, melangkah ke peringkat suku akhir sepanjang sembilan tahun lalu.

Namun, perjalanan kali ini nampak berkecai dan sukar apabila Barca menanti kunjungan PSG untuk perlawanan pusingan kedua di Nou Camp pada 8 Mac ini.

“Kalah di peringkat 16 terbaik ini memang menyakitkan. Ia menjadi begitu sukar tetapi akan menjadi cabaran yang menarik,” kata Suarez.

Suarez menegaskan, pemain sentiasa menyokong penuh jurulatih, Luis Enrique yang dikecam hebat selepas kekalahan memalukan ini.

“Kami semua patut dipersalahkan,” katanya. “Kami tidak beraksi baik dan perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” – Reuters

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m3wZTE

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.