Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengurus Bukan Inggeris Rendahkan Nilai Piala FA – Mourinho - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengurus Bukan Inggeris Rendahkan Nilai Piala FA – Mourinho

JOSE Mourinho. – Foto AFP

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berpendapat pengurus dari luar seolah-olah merendahkan nilai saingan Piala FA, apabila menurunkan barisan kedua sekali gus mengundang risiko mengalami kekalahan mengejut.

Liverpool, Bournemouth, West Bromwich Albion, Stoke City, Watford dan Hull City tewas kepada pasukan liga bawahan musim ini dan ada dua kelab bukan liga yang beraksi di pusingan kelima buat kali pertama.

United akan melawan kelab divisyen dua, Blackburn Rovers, malam esok dan belajar daripada pengalaman susulan kekalahan di tangan Newcastle United pada musim pertamanya membimbing Chelsea, Mourinho bertekad untuk tidak mengambil sebarang risiko.

“Mungkin kita tidak mempunyai ramai pengurus Inggeris dengan budaya yang sepatutnya kita terapkan,” kata Mourinho selepas anak buahnya melakar kemenangan 3-0 ke atas Saint-Etienne dalam saingan Liga Europa, Khamis lalu.

“Mungkin kami sebagai pengurus dari luar, tidak semuanya mengkaji dan memahami budaya negara ini. Dalam kes saya, saya mengalami situasi itu ketika melawan Newcastle, jadi ia adalah pengajaran berguna untuk saya.

“Ketika bersama Chelsea pula saya tewas kepada pasukan divisyen satu (Bradford City pada Januari 2015). Namun, saya tidak mahu memberi alasan. Kami kalah kerana kami memang kalah.

“Jadi, saya cuba untuk serius dalam semua perlawanan. Saya suka Wembley, saya suka saingan Piala FA, jadi saya akan cuba untuk mendapat peluang kedua.”

Antara pengurus dari luar mengalami kekalahan di tangan pasukan liga bawahan dalam saingan Piala FA musim ini ialah Jurgen Klopp (Liverpool), Walter Mazzarri (Watford) dan Marco Silva (Hull).

Kunjungan United ke Blackburn hadir selepas pertemuan dengan Saint-Etienne dalam aksi pusingan 32 terbaik Liga Europa dan sebelum aksi final Piala Liga menentang Southampton di Wembley, Ahad depan.

AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ltvNwe

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.