Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya rasa bersalah bila suami buat semua kerja-kerja saya” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya rasa bersalah bila suami buat semua kerja-kerja saya”

Saya dah berumah tangga selama 2 tahun… dikurniakan seorang cahaya mata berumur 1 tahun… saya dan suami sama-sama berkerja… suami saya ofice hour dan saya pula shif… ye lah dengan kos hidup sekarang… saya berkerja walau dilarang oleh suami tapi saya berkeras juga… bila di pujuk akhirnya suami izinkan saya berkerja…

Suami melarang keras saya menolong dia membayar segala apa bill dan barang dapur dalam rumah… duit nafkah saya dia tetap beri segala semua dia tetap sediakan… pernah sekali bila saya balik dari kerja… suami saya sudah pun ambil anak dari pengasuh… suami sudah pun masak… saya balik kerja… suami peluk saya… siap cakap pergi mandi-mandi nak makan sama… rindu…

Ya Allah… saya serba salah dengan suami… saya malu… sebab… kain pun dia basuh… kalau hari cuti kami sama… suami saya akan suruh saya berehat saja dengan anak dan suami akan siapkan semua kerja di rumah…

Saya rasa bersalah kerana itu semua kerja saya..bila saya tegur suami..suami akan cakap… itu semua tanggungjawab abang.. makan minum ayang wajib abang sediakan… suami akan cakap macam tu kat saya…

Saya takut nanti keluarga mak mertua saya cakap saya yang bukan-bukan… jadi saya call mak mertua saya dan luahkan semua… tetapi saya tak marah malah mak mertua saya cakap “alhamdulilah.. anak mak boleh jaga menantu dan cucu mak” cuma saya rasa segan dengan suami… sebab suami terlalu baik sangat…

Tapi sekarang saya akan memujuk suami untuk duduk berehat saja dan biar saya yang uruskan hal rumah seperti masak dan basuh kain termasuk mengemas rumah…

Alhamdulilah…suami saya masih lagi dengan ringan tulang nya..sesungguhnya saya bersyukur sangat allah pinjamkan saya seorang suami yang sangat baik.

(Dipetik daripada perkongsian Kisah Rumah Tangga)

The post “Saya rasa bersalah bila suami buat semua kerja-kerja saya” appeared first on The Alternatif.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m80O5k

✍ Sumber : ☕ The Alternatif


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.