Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selalu Kita Dengar Jika Hidung Berdarah, Mesti Kena Mendongakkan Kepala, Petua Ini Salah Sebenarnya, Doktor Ini Kongsi Tips Yang Sebenarnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selalu Kita Dengar Jika Hidung Berdarah, Mesti Kena Mendongakkan Kepala, Petua Ini Salah Sebenarnya, Doktor Ini Kongsi Tips Yang Sebenarnya

Selalunya bila cuaca tersangat panas, ada di antara kita akan mengalami pendarahan di bahagian hidung, darah mula keluar dari lubang hidung, dan menitis-nitis. Dan perkara yang selalu kita buat adalah mendongkkan kepala dengan harapan akan pendarahan tersebut berhenti.

Tapi, tahukah anda, cara tersebut sebenarnya adalah salah, dan ia boleh menyebabkan darah tersebut masuk kembali ke belakang tekak, dan ke paru-paru.

Cara yang sebetulnya telah dikongsikan oleh Dr Wanie Wahab menerusi laman Twitternya.

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Terdapat beberapa langkah yang harus dilakukan sebenarnya bila hidung berdarah, yang mana anda harus:

1. Memicit hidung, dan
2. Tundukkan kepala ke bawah.

3. Kemudian, pada masa yang sama, anda memicit hidung, kemam sekali ais, untuk menyejukkan diri anda semula.

4. Dalam pada itu juga, anda boleh meletakkan ais di bahagian dahi anda.

5. Namun begitu, jika anda rasakan seperti ada darah di sekitar tekak, boleh berkumur dengan menggunakan air sejuk, dan ludahkannya keluar, jangan ditelan.

6. Jika darah masih tidak berhenti dalam masa 20 minit anda mengulangi langkah-langkah tadi. Jangan tunggu, bergegaslah pergi ke klinik, atau hospital.

Dengan perkongsian ini, diharap anda boleh melakukan cara yang sebetulnya jika berhadapan dengan situasi hidung berdarah, jangan lagi mendongakkan kepala kerana ianya salah sama sekali.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6H2Hz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.