'Biar Mereka Menangis, Jangan Kita Menangis' – Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menziarah keluarga mangsa yang maut dirempuh kereta pagi tadi | Foto – Royal Press Office
|
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim menasihatkan ibu bapa agar menjaga dan memantau anak masing-masing, lapor Harian Metro.
“Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda,” titah Sultan Ibrahim Iskandar selepas menziarah keluarga kanak-kanak dan remaja yang maut dirempuh kereta dalam kejadian jam 3 pagi tadi di Jalan Lingkaran 2, Mahmoodiah hari ini.
“Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. Biar mereka menangis, jangan kita menangis,” titah baginda sebelum meninggalkan bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA). – The Reporter
ARTIKEL BERKAITAN:
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment