Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedah, Kelantan Bertembung Tanpa Tonggak Utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedah, Kelantan Bertembung Tanpa Tonggak Utama

Kem Kelantan diselubungi masalah kecederaan dua pemain utamanya, kapten, Badhri Radzi, dan Muhammad Ghaddar, menjelang pertembungan dengan Kedah dalam aksi Liga Super, esok.

Luka yang melibatkan sembilan jahitan di kepala Badhri masih belum sembuh, namun anak jati Kelantan itu masih meneruskan sesi latihan hari ini.

Badhri menegaskan dia tidak menetapkan sebarang syarat seandainya pengendali, Zahasmi Ismail, terpaksa menggunakan khidmatnya.

“Serius itu tidaklah tetapi jika jurulatih mahu turunkan saya, itu bukan masalah bagi saya. Ini adalah tanggungjawab kami untuk bermain kerana yang penting kami mengutip tiga mata di Kota Bharu,” jelas Badhri.

Kecederaan Ghaddar turut merunsingkan Zahasmi selepas menjalani rawatan pada Jumaat.

Pemain kelahiran Lubnan itu didapati belum cergas sepenuhnya untuk bersama menjalani latihan akhir.

“Kami memang mengharapkan kedua-dua pemain ini dan sumbangan mereka memang banyak tetapi apa yang berlaku ini perkara biasa.

“Jika kami perlukan khidmat pemain lain sebagai ganti, itulah yang akan kami lakukan, ujar Zahasmi.

Tambah Zahasmi, kemenangan amat penting esok memandangkan mereka cemerlang dengan dua kemenangan dalam dua aksi Liga Super sebelum ini.

Semenara itu KEDAH terpaksa melupakan khidmat tiga tonggak utamanya apabila turun menentang Kelantan berikutan masalah kecederaan.

Dua daripada tiga watak penting kesebelasan utama tersebut merupakan pemain import yang juga tulang belakang skuad hijau kuning.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, pemain yang mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan ialah Liridon Krasniqi, Syazwan Zainon dan Sandro Da Silva.

Ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan ketika membantu Kedah menewaskan Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA baru-baru ini.

“Untuk perlawanan ini kami terpaksa melupakan khidmat Liridon, Syazwan dan Sandro kerana masih dibelenggu kecederaan dan memerlukan masa untuk pulih.

“Saya yakin dengan pemain yang bakal mengantikan ketiga-tiga pemain ini pada perlawanan malam itu akan menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin,” katanya.

Jelas beliau, pemain simpanan seperti Mohd Halim Shaari, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad, Syawal Nordin dan Fitri Omar mampu mengalas tugas mereka jika diberikan peluang dalam perlawanan itu.

“Mereka telah lama buktikan kemampuan masing-masing dan ini adalah masa untuk mereka menggalas tugas penting dalam misi mendapatkan tiga mata,” katanya.

Cheng Hoe selain itu turut menafikan mengenai pergaduhan antara pemain import dengan jurulatih kecergasan, De Steffano.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kyD4Lz

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.