Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya nampak pemandu itu sedang main telefon…dan langgar semua” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya nampak pemandu itu sedang main telefon…dan langgar semua”

Dalam tragedi 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta semalam, seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Zulfadli mendakwa kereta Almiera tersebut dipandu laju sambil pemandunya sedang menggunakan telefon sebelum kejadian rempuhan berlaku.

“Kereta itu datang dalam keadaan laju lalu merempuh kami,” menurutnya yang dipetik melalui Laporan Sinar Harian ketika ditemui  di Wad Barat, Hospital Sultanah Aminah, .

“Saya datang dari rumah nampak sekumpulan basikal sedang berkumpul di tepi, jadi saya pun ikut sekali, tak lama kemudian bila saya pandang belakang saya lihat kereta sedang dipandu laju untuk ke tengah.

“Saya nampak dengan mata saya, pemandu itu sedang main telefon… dan sebat (langgar) semua,” tambahnya lagi,

Menurut Zulfadili yang patah kanan dalam kejadian tersebut, beliau baru tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit sebelum kejadian dan dia tidak sempat hendak mengelak

Tambahnya lagi, insiden itu berlaku dengan cepat dan apabila sedar dia nampak rakan basikal lain yang tidak dikenalinya bergelimpangan dan ada di antaranya meninggal dunia.

Sementara itu, mangsa yang turut terselamat Muhamad Farhan Che Mat, 16, dari Taman Desa Cemerlang sedang menunggu rakannya di lokasi kejadian untuk ke Dataran Bandaraya.

“Nampak kereta laju, tak sempat nak elak, terus rasa gelap.

“Saya sedar apabila ada orang tolong, ketika itu tidak rasa sakit, apabila dah sampai hospital baru rasa sakit,” katanya.

Dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah pada jam 3.00 pagi itu, dua lagi remaja kritikal dan enam mengalami cedera ringan dan kesemua mangsa berusia 13 hingga 17 tahun. Pemandu wanita berusia 22 tahun juga telah ditahan untuk siasatan lanjut.

The post “Saya nampak pemandu itu sedang main telefon…dan langgar semua” appeared first on The Alternatif.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l5HQyx

✍ Sumber : ☕ The Alternatif


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.