“Apa yang kami di hospital ni nampak, pesakit kronik semakin teruk pula penyakitnya”
Perkongsian oleh Doktor Hana Hadzrami mengenai pengalamannya merawat pesakit-pesakit kronik yang bertambah teruk akibat memakan makanan tambahan daripada produk-produk yang berada di pasaran. Baca lagi:
TUMBUH
Saya bukan nak lingkupkan mana-mana bisnes. Tetapi saya terpaksa kongsikan juga sebab dah melibatkan nyawa beberapa pesakit saya.
Selalu kita terbaca pesakit-pesakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi dicadangkan membeli makanan tambahan C*****x oleh penjual. Katanya ubat-ubat moden tak menyembuhkan, hanya mengawal penyakit. Hanya dengan ubat stem sel yang ditawarkan oleh C*****x saja sel-sel baru tubuh akan dihasilkan dan menyembuhkan dari dalam.
Itulah janjinya. Itulah testimoninya.
Namun apa yang kami di hospital ni nampak, pesakit-pesakit kronik ini semakin teruk pula penyakitnya. Ada yang datang gula terlalu tinggi dengan jangkitan kuman tak sembuh-sembuh sampai perlu dipotong kaki. Ada yang dapat diabetic ketoacidosis (situasi kecemasan dimana darah tubuh menjadi berasid) sehingga koma. Ada yang tekanan darah terlalu tinggi sampai dapat stroke. Semua terjadi selepas beberapa bulan mereka mengamalkan C*****x ini.
Jadi dimana sel yang baru tumbuh itu? Sel mati bunuh diri adalah kami nampak.
Baru-baru ini ada pesakit kami datang dengan kanser usus tahap akhir, masuk ICU kerana jangkitan kuman di dubur. Punca jangkitan ialah kanser ususnya dah melarat dari dalam dubur hingga ke luar dubur menyebabkan jangkitan kuman hingga ke dalam tulang punggung. Ngeri tau rupa kawasan yang dah dimakan kanser tu. Sakitnya usah ceritalah.
Pesakit tu muda lagi; umur dalam 40an. Sewaktu mula-mula tahu ada kanser tahap 1 dua tahun lepas, dia diberi tarikh untuk pembedahan membuang kanser. Memikirkan yang dia perlu menggunakan beg stoma (tampung najis) selepas bedah, dia cabut lari dan mencari alternatif lain. Dari situlah dia bertemu penjual C*****x yang menjanjikan kesembuhan buatnya.
Setahun berlalu dan akhirnya dia terlantar di ICU dengan komplikasi kanser tahap akhir.
Dimanakah keluarnya sel baru yang dijanjikan oleh C*****x itu? Sel kanser baru yang bercambah dengan jayanya adalah.
Yang pasti penjual tetap kaya-raya dan pesakit kronik tetap menderita.
Hana Hadzrami
Saya pihak berkecuali. Bukan dengki, bukan untung yang dicari.
The post “Apa yang kami di hospital ni nampak, pesakit kronik semakin teruk pula penyakitnya” appeared first on The Alternatif.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lsS7FU✍ Sumber : ☕ The Alternatif
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment