Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bastia Ikat Monaco Dalam Saingan Ligue 1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bastia Ikat Monaco Dalam Saingan Ligue 1

MONACO terlepas peluang untuk memiliki kelebihan enam mata di puncak Ligue 1 apabila diikat kelab bawahan Bastia 1-1, semalam. – Foto AFP

PARIS: Monaco terlepas peluang untuk memiliki kelebihan enam mata di puncak Ligue 1 apabila diikat kelab bawahan Bastia 1-1, semalam menjelang aksi penting Liga Juara-Juara bertemu kelab Inggeris, Manchester City.

Malah, skuad bimbingan Leonardo Jardim itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan dengan gol penyamaan dijaringkan Bernardo Silva pada babak kedua selepas Sadio Diallo meletakkan Bastia di depan pada separuh masa pertama.

Monaco yang akan membuat kunjungan ke Etihad bagi aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara, Rabu ini mengumpul 59 mata daripada 26 perlawanan, kelebihan empat mata di depan pasukan tangga kedua, Paris St Germain (PSG).

PSG begitupun boleh merapatkan kembali jurang apabila dijadual bertemu Toulouse, esok.

Dengan dua tonggak, Fabinho dan Kylian Mbappe bermula di bangku simpanan, Monaco bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik yang membantu mereka menjaringkan 75 gol dalam 25 aksi liga sebelum ini.

Bastia di depan pada minit ke-19 apabila Diallo menanduk masuk hantaran baik Gael Danic.

Jardim kemudian terpaksa mengeluarkan Tiemoue Bakayoko dan memasukkan Fabinho selepas rehat dan pelawat memperoleh hasil apabila Silva menjaringkan gol penyamaan enam minit selepas babak kedua berlangsung menerusi hantaran Almamy Toure.

Radamel Falcao hampir meletakkan Monaco di depan namun rembatannya tersasar.

Mbappe kemudian menggantikan Valere Germain pada minit ke-71 namun dia hanya memperoleh satu peluang terbaik yang dinafikan penjaga gol Bastia, Jean-Louis Leca tiga minit sebelum permainan berakhir.

Reuters

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m5kFC3

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.