Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honor 6X Kini Di Malaysia, Smartphone Dual-Kamera Pada Harga RM1199 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honor 6X Kini Di Malaysia, Smartphone Dual-Kamera Pada Harga RM1199

Harga Honor 6x Di Malaysia

Honor Malaysia baru sahaja melancarkan model baru untuk pasaran tempatan iaitu Honor 6X yang kini boleh didapati dengan harga RM1199 untuk model 32GB dan RM1399 untuk model 64GB. Ianya merupakan model pertengahan dengan fungsi Dual Kamera yang terdapat pada bahagian belakangnya. Bagi yang ingin mendapatkan peranti pertengahan dengan fungsi Dual Kamera, mungkin Honor 6X sesuai untuk anda memandangkan model ini merupakan antara smartphone termurah dengan teknologi Dual Kamera.

Selain fungsi dual Kamera, Honor turut menggariskan beberapa perkara menarik yang terdapat pada peranti ini antaranya seperti Honor 6X memiliki jangka hayat yang begitu lama iaitu sehingga 2.15 hari untuk penggunaan biasa dan 1.5 hari untuk penggunaan berat. Menurut honor, perantinya ini menggunakan bateri ketumpatan padat dengan kapasiti 3340mAh.

Honor 6X, Smartphone Dengan Fungsi Dual Kamera Termurah Di Pasaran

Dari segi rekaan luar,  Di  hair dengan kerangka logam dengan ketebalan 8.2mm dengan tiga pilihan warna emas, kelabu dan perak. Dibahagian hadapannya tertera paparan skrin sebesar 5.5 innci dengan eosolusi HD Penuh 1080p. skrinnya juga dilapisi dengan lapisan kaca lengkung 2.5D untuk kelihatan lebih premium.

Untuk prestasinya, Honor 6x dikuasai oleh pemproses  HiSilicon Kirin 655 dengan CPU 4 Teras, dan pilihan memori 32GB/3GB RAM dan 64GB/4GB RAM. Slot microSD juga disediakan untuk peranti ini sehingga 256GB yang boleh dipasang pada slot SIM kedua.

Harga Honor 6x Di Malaysia

Bagi yang gemar mengambil gambar photografi, Honor 6X menawarkan pakej terbaik untuk anda. Ia menggunakan Dual Kamera 12 Megapixel di bahagian belakang membolehkan anda mengambil gambar dengan Aperture yang berbeza (F/0.95 – F/16). Hasilnya sudah tentu gambar fotografi seperti professional dengan kesan kabur di bahagian latar belakang. Untuk kamera selfie, Honor 6X dimuatkan dengan 8 Megapixel kamera dengan kebolehan merakam video HD 1080p.

Honor 6X dijalankan menggunakan Android 6.0 MarsMallow diluar kotak. Namun, anda tidak perlu risau kerana peranti ini dijangka akan mendapat kemaskini Android 7.0 Nougat tidak lama lagi. Antara fungsi lain yang terdapat pada Honor 6X termasuk pengimbas Cap Jari, sokongan Dual SM, FM Radio dan sebagainya.

Harga Honor 6x Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

Honor 6X sudah mula dijual di pasaran tempatan bermula 17 Febuari 2017 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Honor dan juga dikedai atas talian. Harga Honor 6X di Malaysia ialah RM1199 untuk model 32GB/3GB RAM dan RM1399 untuk model 64GB/4GB RAM. Model 64 GB akan mula ditawarkan bermula 6 March ini.

The post Honor 6X Kini Di Malaysia, Smartphone Dual-Kamera Pada Harga RM1199 appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m68PYL



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.