Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Denggi Di Bukit Jalil Terkawal: Zolkples - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Denggi Di Bukit Jalil Terkawal: Zolkples

KUALA LUMPUR: Biarpun sebelum ini ada kebimbangan mengenai penularan wabak denggi di Bukit Jalil lokasi utama penganjuran Sukan SEA, masalah itu kian terkawal selepas tiada lagi kes baharu dilaporkan sehingga kini.

DATUK Seri Zolkples Embong. – Foto BERNAMA

Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong berkata langkah agresif sudah diambil pelbagai pihak bagi memastikan wabak itu terkawal selepas mengorbankan satu nyawa sebelum ini.

“Masalah ini sudah dapat ditangani dengan pengurusan mengesahkan tiada kes baharu dilaporkan.

“Jadi buat masa ini tiada ancaman denggi yang bakal mengganggu persediaan Sukan SEA,” katanya selepas perasmian Seminar Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA ke-29 di sini, hari ini.

Dalam seminar dua hari yang bermula hari ini, sembilan CDM dan dua wakil dari negara peserta Sukan SEA menyertai. Sukan SEA dijadual diadakan pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Mengenai Buku Panduan Teknikal Sukan SEA yang masih belum diedarkan, Zolkples berkata berlakunya sedikit kelewatan dan hanya akan diedarkan kepada negara peserta selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Menjawab isu berkenaan, Setiausaha Agong Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata: “Kelewatan ini disebabkan kita perlukan kelulusan daripada persatuan sukan antarabangsa terlebih dulu. Kita perlu mengikut protokol ini walaupun perlu mengambil lebih masa.”

Buku panduan teknikal biasanya digunakan bagi peserta luar negara yang bertanding untuk mengetahui selok-belok penganjuran termasuk peraturan dan syarat pertandingan serta nama delegasi teknikal terbabit.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lUsM8F

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.