GoPro Mula Memasarkan Kembali Dron Mereka Selepas Menariknya Sebelum Ini
GoPro sebelum ini telah hadir dengan dron tersendiri mereka dinamakan Karma. Walaubagaimanapun, mereka menariknya kembali daripada dijual dan memanggil kembali unit yang telah terjual disebabkan oleh masalah ia kehilangan kuasa ketika sedang diterbangkan.
Buat masa ini, GoPro hanya memasarkan ia di Amerika Syarikat sahaja, dan mengatakan ia akan dijual di negara lain dalam beberapa bulan lagi. GoPro Karma yang ditawarkan ini adalah sama seperti versi awal, dan cuma membezakannya adalah selak bateri yang disertakan pada dron ini yang telah direkabentuk kembali.
Seperti biasa, dengan kelewatan beberapa bulan, semestinya ia akan memberikan lebih cabaran dan memerlukan lebih pemasaran dalam menarik pelanggan.
Untuk anda, adakah anda akan menantikan dron daripada GoPro ini, atau memilih penawaran daripada pihak lain seperti DJI dan sebagainya.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jWnswW
Post a Comment