Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Menguji Fungsi Menerbitkan Lebih Daripada Satu Gambar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Menguji Fungsi Menerbitkan Lebih Daripada Satu Gambar

Instagram Beta untuk Android hari ini dilihat membawa sebuah fungsi baru, membolehkan pengguna untuk memilih lebih daripada satu gambar untuk dikongsikan dalam sesuatu perkongsian.

Melalui fungsi baru ini, pengguna hanya perlu tap seketika pada sesuatu gambar, dan seterusnya anda boleh menambah kesan penuras, serta menerbitkannya pada Instagram.

Instagram Beta

Daripada percubaan kami, semua langkah berfungsi seperti biasa, kecuali ketika menerbitkannya – dimana ia gagal. Memandangkan ianya versi beta, maka perkara ini mungkin sesuatu dijangka.

Kami masih tidak mengetahui lagi bagaimanakah paparan akhir sesuatu gambar yang diterbitkan menggunakan fungsi ini. Berkemungkinan besar, ia beroperasi seperti paparan beberapa iklan, dimana pengguna boleh menatal ke kiri dan kanan pada sesuatu gambar untuk melihat koleksi gambar yang diterbitkan. Seperti ramai sedia maklum, fungsi ini juga akan mengelakkan seseorang pengguna untuk berkongsi gambar mereka secara berterusan antara satu dan lain, serta memudahkan pengurusan sesuatu koleksi gambar.

Bagi anda, apakah anda meminati ciri baru ini, atau lebih gemarkan penerbitan hanya satu gambar pada setiap perkongsian?





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.