Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 Pemenang Bertuah Saksi Aksi City-Liverpool - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 Pemenang Bertuah Saksi Aksi City-Liverpool

SERAMAI 10 pemenang peraduan “Hey Bro, Anda Akan ke Manchester” anjuran Dashing berlepas ke Manchester, petang tadi untuk menyaksikan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester City menentang Liverpool, Ahad ini.

SEPANG: Seramai 10 pemenang peraduan “Hey Bro, Anda Akan ke Manchester” anjuran Dashing berlepas ke Manchester, petang tadi untuk menyaksikan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester City menentang Liverpool, Ahad ini.

Semua yang dipilih termasuk enam pemenang peraduan bulanan musim ketiga Dashing itu akan menyertai lawatan empat hari tiga malam ke Manchester dengan tiket penerbangan serta penginapan percuma.

Mereka yang terpilih ialah Mohamad Syafiq Latif; Lim Chuan Fuh; Arzrai Ahmad Aripin; Mohamad Safwan Othman; Muklis Nasril; Muhammad Fareez Farid Mohd Fuzi; Muhammad Shairil Arif Muslizam; Rustarmizi Long dan Wan Mustaqim Abdul Wahab dan Gilmoore Bolongon.

Rombongan ini turut disertai Pengurus Pemasaran Dashing, Venkat Jangam; Pengurus Produk Kumpulan, Jade Young dan Penolong Pengurus, Monika Poddar serta tujuh wakil media tempatan.

Pemenang bertuah ini akan diberikan tempat duduk orang kenamaan (VIP) untuk menonton perlawanan itu dan peluang bertemu pemain pasukan utama City, lawatan ke Muzium Bola Sepak dan lawatan sekitar City termasuk kunjungan ke Stadium Old Trafford dan Stadium Anfield.

Mereka adalah sebahagian daripada peserta peraduan yang bermula sejak 1 Julai sehingga 31 Disember lalu dan sepanjang tempoh itu, setiap pemenang akan diumumkan pada hujung setiap bulan.

Pada musim lalu, pemenang peraduan yang sama juga dibawa ke Manchester menyaksikan pertembungan derby antara City dan Manchester United.

Kali ini, pemenang bertuah akan menyaksikan pertembungan skuad bimbingan Pep Pep Guardiola (Manchester City) dan Jurgen Klopp (Liverpool) dalam pertembungan di Stadium Etihad.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nIuU06

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.