Hi! Welcome Back and Stay Tune! V Shem-Wee Kiong Hilang Status Nombor Satu Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

V Shem-Wee Kiong Hilang Status Nombor Satu Dunia

Goh V Shem (kanan) dan Tan Wee Kiong. – Foto Rosli Rahmat

KUALA LUMPUR: Status sebagai beregu lelaki nombor satu dunia hanya bertahan selama empat bulan buat pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong apabila ia dirampas Gideon Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia.

Menurut kedudukan ranking terbaharu yang dikemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, Gideon-Kevin yang menjuarai gelaran Seluruh England, Ahad lalu melonjak ke tangga teratas manakala V Shem-Wee Kiong turun di kedudukan kedua.

“Kami ada membuat pengiraan selepas tewas di suku akhir Seluruh England dan kami tahu ranking dunia kami akan jatuh. Memang kecewa dan ia juga membimbangkan kerana saya dan Wee Kiong tidak dapat memberikan aksi terbaik susulan kecederaan buku lali kanan dialami saya,” kata V Shem.

V Shem-Wee Kiong kini berharap dapat menghasilkan keputusan positif dalam kejohanan seterusnya bagi merampas kembali status sebagai beregu lelaki nombor satu dunia.

“Kami akan beraksi pada Terbuka India (28 Mac hingga 2 April) diikuti Terbuka Malaysia (4 hingga 9 April) dan Terbuka Singapura (11 hingga 16 April).

Diharapkan kami mampu menghasilkan keputusan yang baik dalam semua kejohanan berkenaan,” kata V Shem yang mengalami kecederaan buku lali kanan ketika saingan Kejohanan Kebangsaan di Ulu Kinta, Perak, bulan lalu.

V Shem-Wee Kiong meraih status beregu lelaki nombor satu dunia tahun lalu selepas memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 selain gelaran juara Terbuka Denmark pada Oktober lalu.

Mereka juga dinobatkan sebagai juara Siri Super Akhir di Dubai, Disember lalu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSOmcM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.