Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harap 8 Jun Tak Ganggu Aksi Lain – Khairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harap 8 Jun Tak Ganggu Aksi Lain – Khairy

KHAIRY Jamaluddin. – Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap tarikh baharu bagi saingan kelayakan bola sepak Piala Asia 2019 membabitkan Malaysia dan Korea Utara tidak akan mengganggu perlawanan lain skuad kebangsaan.

Bagaimanapun beliau menyifatkan keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang membenarkan lokasi pertandingan diadakan di gelanggang berkecuali sebagai sesuatu yang tepat.

“Saya harap tarikh 8 Jun itu tidak mengganggu persiapan perlawanan lain. Tetapi dari segi venue berkecuali, itu tepat. Kita juga kena main venue berkecuali dan saya rasa ia keputusan yang adil,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penajaan Bola Keranjang Westport Malaysia Sdn Bhd dan PRG Holding Berhad di sini, sebentar tadi.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Datuk Lua Choon Han, Ketua Pegawai Eksekutif Westports, Ruben Emir Gnanalingam serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

AFC semalam menetapkan tarikh baharu bagi saingan pusingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun depan serta menerima permohonan Malaysia untuk beraksi di laman berkecuali.

Aksi pembukaan Kumpulan B itu sepatutnya diadakan di Pyongyang tetapi ditangguhkan atas permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Terdahulu Khairy menyaksikan MABA menerima penajaan berjumlah RM3.5 juta dari Westport manakala RM1 juta lagi disalurkan PRG Holdings.

Katanya, inisiatif MABA mendapatkan penajaan adalah contoh terbaik bagi membantu kerajaan dalam persediaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndsoSP

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.