Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Pusat Hiburan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Pusat Hiburan

BELURAN: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis hiburan yang bersambung dengan rumah pekerja di Kampung Gambaron II Telupid, di sini awal pagi ini.

Mayat mangsa, Edmund Teddy, 18, ditemui di lantai tingkat bawah premis berkenaan manakala pelanggan dan pekerja yang berada di pusat hiburan itu dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata mangsa bukan pekerja di pusat hiburan itu dan dikatakan menumpang tidur di sebuah bilik rakannya di rumah pekerja berkenaan.

Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran bermula di dapur rumah pekerja yang bersambung dengan pusat hiburan itu.

“Oleh kerana premis itu diperbuat daripada papan sepenuhnya, api merebak dengan cepat dan membakar keseluruhan bangunan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Beliau berkata punca kebakaran belum dapat dipastikan dan siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.11 pagi.

Disebabkan lokasi kejadian sejauh 101 kilometer, anggota bomba tiba pada pukul 3.32 pagi dan api dapat dikawal 15 minit kemudian, tambah kenyataan itu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSxsev

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.