Lapan Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Sekolah Menengah Di Perancis
PARIS: Seorang suspek yang merupakan pelajar ditangkap dan seorang lagi melarikan diri selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Grasse di selatan Perancis pada Khamis.
Menurut satu kenyataan, “dua pelajar menembak kepala pengetua” dengan seorang daripada mereka ditahan selepas kejadian dan seorang masih diburu, lapor AFP.
Sumber polis yang tidak mahu dinamakan berkata sekurang-kurangnya dua orang cedera dan seorang pelajar berusia 17 tahun yang bersenjatakan raifal, dua pistol dan dua bom tangan telah ditangkap.
Sementara itu, Reuters melaporkan Menteri Dalam Negeri Perancis sebagai berkata lapan orang cedera dalam insiden tembakan di Sekolah Menengah Tocqueville itu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxeLdW✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment