Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dego Ride Tidak Dibenar Operasi Demi Keselamatan Penunggang, Pembonceng - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dego Ride Tidak Dibenar Operasi Demi Keselamatan Penunggang, Pembonceng

KUALA LUMPUR: Teksi motosikal atau Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di jalan raya negara ini kerana faktor keselamatan penunggang dan pembonceng.

Kementerian Pengangkutan menyatakan analisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan yang mengakibatkan cedera parah adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.

Statistik 2016 menunjukkan 62 peratus daripada 7,152 mangsa yang terkorban di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Penggunaan Dego Ride akan mengakibatkan lebih ramai pengguna jalan raya terdedah kepada risiko kemalangan maut dan kecederaan parah.

“Oleh itu atas faktor-faktor keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak membenarkan Dego Ride beroperasi di jalan raya,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu) di Dewan Rakyat hari ini.

Chua meminta kementerian menjelaskan mengapa Dego Ride tidak dibenarkan untuk beroperasi tanpa kelulusan manakala GrabCar dibenarkan beroperasi walaupun menunggu SPAD menyediakan panduan dan pindaan undang-undang.– BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m5i2F2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.