Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau Kita Tengah Susah, Ubah Cara Kita Berfikir Dan Gandakan Usaha Kita” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau Kita Tengah Susah, Ubah Cara Kita Berfikir Dan Gandakan Usaha Kita”

Golongan muda yang baru berkecimpung dalam dunia usahawan jangan berputus asa, kegagalan itu adalah satu keberhasilan yang tertangguh, teruskan usaha untuk mencapai sasaran.

Jadi bila tengok poster “Dont Quit” ni, saya terpanggil nak kongsi sikit cerita saya sendiri. Perkongsian saya :

1. Kalau kita tengah susah, ubah cara kita berfikir dan tambah-gandakan iktiar kita. Jangan putus asa.

Col Sanders

2. Samaada waktu susah atau senang, tiada benda yang kekal selamanya. Kalau saya putus asa lepas gagal penuh waktu tahun 2014, saya takkan dapat apa yang saya ada sekarang.

3. Jangan putus asa kalau kita percaya apa yang kita buat tu betul. Col Sanders ( KFC) gagal dalam seribu percubaan pertama beliau nak jual resepi KFC. Umur beliau dah lebih 50 tahun sewaktu beliau mulakan KFC. Kalau beliau putus asa lepas percubaan ke 10, hari ni kita takkan ada KFC dan mungkin perut saya boleh ada six pack.

Jack Ma

4. Jack Ma kena reject 10 kali untuk masuk ke Harvard Uni, siap gagal dalam walk in interview beliau untuk kerja di KFC. Hari ini, mamat muka-tak-boleh-blah ni yg gagal dalam interview untuk kerja di KFC ni, merupakan antara orang terkaya di dunia. Siap dipanggil untuk berkongsi pendapat beliau dengan President Trump dan PM China sebagai penasihat.

Elon Musk

5. Kadang kadang, 1-3 tahun boleh bawa perbezaan besar. Elon Musk hampir bankrup waktu 2009 bila syarikat beliau Tesla dan SpaceX menghadapi crisis ekonomi di USA. Beliau pernah tumpang tidur di rumah kawan sebab tiada duit nak bayar sewa. Sekarang, syarikat kereta beliau mempunyai jenama sebaris dengan jenama kereta terkemuka seperti BMW, Porsche dan Mercedes. Bayangkan kalau beliau putus asa dan tutup Tesla pada tahun 2010?

Dan orang yang tak reti putus asa biasanya akan ada kelebihan besar dalam hidup. Bak kata pepatah mat saleh, susah nak tewaskan orang yang tak reti mengalah. Its hard to beat a man who doesnt know how to give up.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSPAoy

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.