Hi! Welcome Back and Stay Tune! Defoe Disenarai Semula Selepas 4 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Defoe Disenarai Semula Selepas 4 Tahun

JERMAIN Defoe. -Foto AP

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom: Selepas empat tahun, penyerang veteran Sunderland, Jermain Defoe dipanggil semula untuk menyertai skuad kebangsaan England, bagi aksi persahabatan menentang Jerman dan perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Lithuania.

Defoe, 34, dipanggil selepas kapten Wayne Rooney, penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane dan penyerang Liverpool Daniel Sturridge terpaksa disisih kerana kecederaan.

Kali terakhir Defoe menyarung jersi kebangsaan adalah pada November 2013, tetapi dia kerap menggegar buat Sunderland, dengan mengumpul 14 gol dalam saingan Liga Perdana musim ini.

“Saya tidak mahu melihat pada usianya dan menganggap dia tidak layak lagi mewakili England,” kata pengurus kebangsaan Gareth Southgate kepada pemberita di pusat latihan St George’s Park, di sini.

“Saya berpendapat kita perlu memilih pemain muda dan pemain berusia yang mahu membuktikan sesuatu. Sejak bertahun-tahun, dia mengagumkan, terutama pada tahun ini bersama sebuah pasukan yang kurang mencipta peluang jaringan berbanding pasukan lain, kadar jaringannya memberangsangkan.”

Senarai 26 pemain pilihan Southgate termasuklah pasangan Southampton yang dipanggil buat kali pertama, Nathan Redmond dan James Ward-Prowse, kedua-dua pernah beraksi untuknya ketika mengendalikan skuad bawah 21 tahun.

“Kita pasti bergerak ke arah masa depan menerusi beberapa keputusan yang dibuat ini,” kata Southgate.

Turut mengejutkan dalam barisan pemain itu ialah kepulangan semula pemain tengah West Bromwich Albion, Jake Livermore, yang mengumpul aksi tunggal bersama England pada 2012.

Trio Manchester United, Phil Jones, Luke Shaw dan Marcus Rashford turut dipanggil, tetapi tiada ruang buat penyerang Arsenal, Theo Walcott.

Pertahanan kiri Tottenham, Danny Rose, kapten Liverpool Jordan Henderson dan pemain tengah Leicester City Danny Drinkwater turut terpaksa digugurkan kerana kecederaan.

Menjelaskan ketiadaan Rooney, yang masih cedera di lutut, Southgate berkata: “Saya ada berbincang dengan Wayne. Saya rasa dia berpeluang cergas semula untuk penghujung minggu ini (bagi Manchester United).

“Tetapi selain kecederaan, hakikat dia kurang bermain sejak kebelakangan ini menyebabkan saya memutuskan untuk menggugurkannya.”

England akan berdepan dengan Jerman di Dortmund pada Rabu depan dalam perlawanan pertama Southgate sejak dilantik sebagai pengurus tetap. Sebelum ini, dia menjadi pengendali sementara selepas pemecatan Sam Allardyce.

England kemudian akan menjadi tuan rumah apabila melayan Lithuania di Wembley pada 26 Mac dalam usaha mereka untuk mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan F kelayakan Piala Dunia bagi zon UEFA. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxYdCB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.