Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksi Abang Polis Trafik Alih Dahan Pokok Jatuh Dengan Tangan Kosong Dipuji Orang Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksi Abang Polis Trafik Alih Dahan Pokok Jatuh Dengan Tangan Kosong Dipuji Orang Ramai

Satu video yang merakamkan aksi seorang anggota polis trafik mengangkat dahan pokok yang menghalang lalu lintas menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik beberapa hari lepas.

Apa yang mengharukan, pegawai trafik itu membuat kebaikan tersebut tanpa sebarang bantuan.

Video kejadian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Ling Sia King pada Ahad menunjukkan pegawai terbabit mengalihkan dahan itu ke bahu jalan.

Selepas video itu viral, ramai netizen memuji tindakan polis berkenaan.

“Masya Allah…mulia sungguh niat & usaha abg POLIS TRAFIK kita nie tlg alihkan dahan pokok tumbang. Moga Allah permudahkan segala urusannya serta dimurahkan rezeki pd beliau sekeluarga…Aaminn” tulis Azrie Vsixers.

Zulkefli Mohammad pula berkata “Tu dia..ramai angota PDRM yg berhati mulia macam abang ni..dan ada segelintir saja yg bermasaalah..walaubagaimana pun..Tahniah kepada yg buat kerja mulia ni..kepada pegawai..saya cadangkan anggota yang macam ni perlu di naikkan pangkat ..dan tak akan ada salahguna kuasa jika di beri amanah.”

Video itu dikongsi lebih 4,000 kali dan menerima lebih 400 komen memuji tindakan murni itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nduouh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.