Middlesbrough Pecat Karanka
AITOR Karanka. – Foto AP
LONDON: Middlesbrough memecat pengurus Aitor Karanka dengan penolongnya, Steve Agnew akan mengambil alih tugasnya dengan serta merta.
Keputusan memecat pengurus kelahiran Sepanyol itu diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris itu, sebentar tadi.
“Kedua-dua pihak bersetuju demi kepentingan kelab untuk melakukan perubahan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Middlesbrough.
Kelab yang berada di zon penyingkiran itu, layak beraksi dalam kancah Liga Perdana musim lalu selepas tujuh tahun tercicir dan mereka harus berterima kasih kepada Karanka yang bekerja keras sejak tiga tahun setengah memegang tugas.
Middlesbrough kini berada di tangga ke-19 daripada 20 pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvTLU2✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment