Masih Ingat Pernah 'Berhutang' RM1 Pada Tahun 2001 Ketika Naik Komuter, 'Penghutang' Hantar Duit Guna Pos Berserta Surat Kepada KTM
Sesuatu yang menakjubkan terjadi kepada KTMB Berhad hari ini apabila menerima surat dari seorang individu yang berkata pernah ‘berhutang’ ketika menaiki komuter pada 2001.
Menurut surat yang dimuat naik oleh KTM Berhad di laman Twitter, kejadian itu berlaku ketika penghutang dan seorang rakan menaiki komuter tetapi turun di kawasan yang tidak sepatutnya.
Berserta surat itu dimasukkan sekali not kertas RM5.
“Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).
Difahamkan, lelaki itu cuma berhutang RM1 tetapi dia melangsaikan sekali ‘hutang’ rakannya dan turut menderma wang lebihan sebanyak RM3.
“Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.
“RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya.” tulis surat tersebut.
KTM di dalam tweet tersebut berterima kasih kepada individu tersebut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang jujur.
“Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur” tulis KTM.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxOFaI✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment