Hi! Welcome Back and Stay Tune! H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

H5N1: Kementerian Pendidikan Belum Terima Arahan Tutup Sekolah – KSU

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan belum menerima arahan untuk menutup sekolah atau menukar menu di kantin sekolah-sekolah di Kelantan susulan penularan wabak selesema burung (H5N1) sejak awal bulan ini.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan memantau perkembangan wabak termasuk makanan yang dibekalkan ke sekolah.

“Kita sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan perkembangan semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung sebagai bencana negeri selepas wabak itu menular ke beberapa jajahan.

Setakat ini, 22 kampung di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 kampung), Pasir Mas (4), Tumpat (1), Pasir Puteh (1), Bachok (1) dan Tanah Merah (1) dikesan dilanda wabak itu.

Kes pertama kali dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac selepas beberapa ekor ayam kampung ditemukan mati.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njWuUL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.