Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Akan Bentang RUU 355 Di Parlimen – TPM Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Akan Bentang RUU 355 Di Parlimen – TPM Zahid

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan Rang Undang-Undang 355 pada sidang Parlimen kali ini.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk menterjemahkan hasrat  berkenaan tanpa menggugat kepentingan agama serta kaum lain di negara ini.

“InsyaAllah Rang Undang-Undang 355.. akan dibentangkan di dalam sidang Parlimen pada kali ini yang dibawa sendiri oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Berkelompok Persidangan UMNO cawangan peringkat negeri Terengganu dan penyampaian hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.

RUU 355, antara lain, bertujuan meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 senarai negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2a, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, di mana mahkamah syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2maLIRa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.