Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’

Pas tidak akan mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi memberi laluan kepada parti pembangkang lain pada PRU14.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam pilihan raya.

Namun katanya, Pas mengalu-alukan kerjasama  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dasar dan prinsip parti untuk menang PRU14.

“Kami (Pas) tidak akan menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana pakatan, kerana setiap kali berpakat, Pas terpaksa korbankan kerusi yang ada.

“Sebelum ini, dengan Parti Semangat 46, Pas terpaksa mengorbankan satu pertiga kerusi dan dengan PKR juga begitu. Kita perlu menyerahkan kerusi setiap kali muafakat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dan Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Faisal Abd Raman.

Tuan Ibrahim berkata, kini Pas diminta menyertai Pakatan Harapan, tetapi dengan menyertainya, Pas terpaksa menyerahkan kerusi.

“Itu tidak akan berlaku, kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan Umno dan BN tetapi jangan ganggu kerusi Pas. Minta maaf, tak boleh.

“Pas sentiasa buka pintu perundingan, tetapi apabila masuk ke rumah kami, jangan curi barang kami,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang lain untuk tidak cuba merampas dan jatuhkan kerajaan Pas Kelantan.

The post ‘Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’ appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ngLGEr

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.