Tour Of Catalonia: Velverde Menang Peringkat 5, Rampas Jersi
Alejandro Valverde
BARCELONA: Alejandro Valverde mengekang asakan pelumba Sky, Chris Froome dan Alberto Contador (Trek-Segafredo) dengan henjutan saat akhir untuk memenangi Peringkat 5 Tour of Catalonia hari ini, dan merampas jersi pendahulu keseluruhan.
Pelumba Sepanyol itu turut menjarakkan diri 21 saat di depan Froome dalam senarai individu keseluruhan dalam jelajah seminggu itu, selepas mengetuai kayuhan membabitkan pendakian sukar sejauh 182km dari Valls ke Lo Port itu, diikuti Froome, Contador dan Marc Soler Gimenez (Movistar).
Valverde melakukan pemisahan mengejut pada baki 2km dan menamatkan perlumbaan dalam masa 4 jam 14 minit 52 saat, 13 saat di depan Froome dan Contador.
Valverde turut memenangi Peringkat 3 di pendakian ke La Molina pada Rabu lalu, sehari selepas dia dan pasukannya dikenakan penalti satu minit atas kesalahan menolak ketika acara ujian masa berpasukan pada Peringkat 2.
Valverde yang pernah menjuarai Tour of Catalonia dan Vuelta a Espana pada 2009, merampas jersi pendahulu daripada pelumba Amerika yang mewakili pasukan BMC, Teejay van Garderen, selepas van Garderen tercicir daripada kelompok depan ketika pendakian. – REUTERS
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nw5HsT✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment