Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Jangan risau, mama sihat’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Jangan risau, mama sihat’

KERANA terjatuh dari katil lapan bulan lalu, pelakon, Datin Normala Omar menjalani rawatan memasukkan besi di kakinya.

Menurut anaknya, Zaza Zulkifli, pada Isnin, ketika melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan terdapat jangkitan di tempat tersebut dan harus dibedah untuk merawat jangkitan itu.

“Lapan bulan lalu, mama jatuh katil membuatkan dua tulang kakinya patah dan baru-baru ini ketika pemeriksaan kesihatan, doktor terkejut bila mendapati ada jangkitan.

“Oleh itu, doktor membuat keputusan untuk buang besi dan masukkan simen antibiotik di dalam kaki mama bagi menyokong pertumbuhan tulang untuk mengelakkan terjadinya jangkitan lagi,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, media melaporkan kaki kiri Normala patah akibat terjatuh dari katil pada Ramadan lalu sehingga menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Mengulas lanjut, menurut Zaza, kesihatan ibunua adalah baik dan kini dalam proses penyembuhan.

“Alhamdulillah, mama dalam proses penyembuhan, esok (hari ini) doktor akan membuka balutan kaki mama untuk lihat luka dan perkembangan, jika tiada apa-apa masalah, beberapa hari lagi boleh keluar hospital.

“Dalam kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada media, peminat-peminat dan rakan-rakan yang banyak membantu, mendoakan dan menyokong kami selama ini,” katanya lagi.

Malahan, menurut Zaza, ibunya sendiri sangat menjaga kesihatan dan turut berpantang untuk mengelakkan gatal atau nanah.

“Mama sendiri berpantang, kalau hospital bagi lauk ada telur atau ayam, dia tak nak makan sebab takut nanah atau gatal,” katanya.

The post ‘Jangan risau, mama sihat’ appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nMOgou

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.