Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antara Fattah & Lofa, Nana & Alif – Mana Satu Lebih Serasi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antara Fattah & Lofa, Nana & Alif – Mana Satu Lebih Serasi?

Penangan drama bersiri yang disiarkan di Astro sering menjadi perhatian ramai pihak kerana jalan cerita yang ditampilkan.

Keserasian lakonan yang ditonjolkan oleh hero dan heroin juga menjadi sebab utama drama bersiri menjadi pilihan penonton saban hari.

Bersempena Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini, Astro Gempak mengimbas semua calon akhir bagi kategori Couple Throwbaek:

Fattah Amin & Neelofa

Gandingan Fattah Amin dan Neelofa menjadi bualan hangat semenjak episod pertama Suri Hari Mr. Pilot disiarkan. Gandingan mereka sebagai pasangan kekasih nyata serasi dan terbawa-bawa hingga tamatnya drama bersiri tersebut.

Aliff Satar & Siti Nordiana

Drama bersiri Dia Semanis Honey melonjakkan nama Alif Satar dan Siti Nordiana. Gandingan di luar jangkaan ini nyata menambat hati penonton setia sehingga drama bersiri ini diangkat menjadi teater muzikal.

Nasir Bilal Khan & Hamidah Wahab

Siapa yang boleh lupa dengan drama bersiri Tanah Kubur di Astro Oasis. Mengandungi banyak pengajaran, drama bersiri ini menampilkan gandingan mantap Nasir Bilal Khan dan Hamidah Wahab.

Amar Baharin & Siti Elizad

Si Kolot Suamiku melonjakkan lagi nama Amar Baharin dan Siti Elizad. Biarpun masing-masing mempunyai pasangan di luar set, mereka berjaya menampilkan watak sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri tersebut.

Kamal Adli & Syatilla Melvin

Sha dan Shah meninggalkan impak tersendiri kepada penonton setia drama bersiri ini. Penonton gemarkan gandingan Kamal Adli dan Syatilla Melvin yang selamba dan mesra di dalam skrin.

Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.

Keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori. Lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian online dan 50% penilaian juri Astro.

Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.

Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka secara online menerusi akaun Instagram H Live (@officialhlive) bermula 24 Mac sehingga 30 Mac 2017.

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Hadirkan diri ke Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral sehingga 26 Mac ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama!

Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi screening, sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greet bersama artis terkemuka turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.

Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nQPn74

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.