Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya.” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya.”

Perkongsian oleh Puan Izzati Liyana mengenai kisahnya yang berkahwin di usia muda. Baca lagi:

“Belajar degree, bidang Biomedical, tapi habis belajar terus kahwin. Sekarang ni, mengandung dah. Kerja tak dapat lagi. Duduk rumah goyang kaki minta duit suami je la.”

“Belajar tinggi, tapi takde apa benda pun dapat akhirnya. Org lain seusia tu, dah dapat beli kereta dengan duit sendiri. Nak sangat kahwin awal, ni la jadi nya. Tak boleh pakai langsung.”

“Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya.”

“Sorang keje mana cukup sekarang ni. Duduk berdua, tahan lagi. Nanti yang dlm perut tu dah keluar, nak bg makan apa? Ehm, bersedia la bergaduh laki bini tiap-tiap hari sebab tak cukup duit.”

Jujurnya, ni antara yang saya terima apabila saya disahkan mengandung hujung tahun lepas. Akhirnya, saya mengalami depresi pada awal kandungan. Saya hanya pendam. Air mata menjadi teman.

Kemudian, ramai sahabat-sahabat perempuan seusia, yang lebih usia dan juga lebih muda meminta saya carikan calon. Nak kahwin, tetapi belum ada rezeki. Berpendidikan tinggi, sudah bekerja, tapi belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikn pasangan.

Tidak kurang yang meminta tips mengandung kerana sudah berkahwin kurang setahun atau lebih setahun, tapi belum direzekikan anak. Ada yang berkongsi rasa kerana orang lain asyik bertanya bila nak ada ‘isi’.

Ramai juga yang sudah ada calon. Tapi macam-macam halangan nak kahwin. Asyik tertunda. Kerana keluarga lah, duit lah, pasangan masih tak bersedia, tak sanggup PJJ, syarat belajar atau bekerja dan sebagai nya.

Akhirnya, perlahan hati saya dipanjatkan syukur. Rasa malu kerana setiap orang mempunyai ujian masing-masing. Orang yang mengata saya itu juga bukanlah bahagia 100%. Tetap ada masalah.

Tak perlu nak banding-bandingkan diri dengn sesiapa. Dan jangan sesekali banding kan orang lain dengan orang yang lebih berjaya di mata kita. Tak tahu betapa dalam hati dirobek, berapa banyak air mata yang mengalir.

Jika tidak mahu membantu, jangan menambahkan masalah. Tak perlu nak huraikan kelemahan orang, duduk diam dan selesaikan masalah sendiri. Kita bukan parasit.

#SelfReminder

The post “Belum kerja kan? Dah mengandung? Aihh… Duduk rumah bela anak je la jawabnya.” appeared first on The Alternatif.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOsTDa

✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.