Angelina Sudah Berbaik Dengan Brad Pitt
Hubungan antara Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan kini sudah kembali pulih malah sejak akhir-akhir ini kedua-keduanya saling berkomunikasi semula selepas enam bulan bercerai.
Memetik laporan E! online, hubungan Angelina dan Brad semakin baik dan mereka kini memberi fokus kepada anak-anak selain menyelesaikan hal mengenai hak penjagaan.
“Brad dan Angelina tak lagi setegang dulu. Sekarang keduanya sudah lebih tenang.
“Mereka sama-sama memberi fokus kepada kepentingan anak-anak mereka, dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik,” ujar sumber.
Selain itu, Brad sudah dibenarkan untuk untuk bertemu keenam-enam anaknya. Meskipun sibuk dengan penggambaran, aktor yang bakal membintangi filem War Machine itu kerap menghabiskan masa dengan anak-anak.
“Brad kerap meluangkan masa dengan anak-anaknya. Keadaan beliau kini sangat baik dan lebih fokus untuk kehidupan yang sihat dan bersih. Beliau bahagia sekarang,” tutur sumber tersebut.
The post Angelina Sudah Berbaik Dengan Brad Pitt appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nnmk9T✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment