Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mengesahkan Fungsi SMS Akan Dibuang Pada Hangouts – Termasuk GTalk Daripada GMail - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mengesahkan Fungsi SMS Akan Dibuang Pada Hangouts – Termasuk GTalk Daripada GMail

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini Google telah mengesahkan yang mana mereka akan membuang fungsi SMS daripada perkhidmatan Google Hangouts. Selepas 22 Mei kelak, ciri SMS pada Google Hangouts akan berhenti berfungsi, dan pengguna akan memerlukan aplikasi alternatif untuk tujuan berhubung menggunakan SMS.

Google sendiri menyediakan aplikasi khusus dinamakan Android Messages yang turut menawarkan sokongan untuk SMS dan juga RCS. Selain Android Messages, kebiasaannya, peranti Android turut hadir dengan aplikasi SMS khusus bersama dengannya.

Google Hangouts SMS

Selain daripada itu, Google turut mengumumkan yang mana mereka akan membuat peralihan penuh daripada Google Talk ke Google Hangouts.

Bagi pengguna Google Talk di GMail, anda akan diminta untuk berubah ke Hangouts dalam beberapa minggu lagi – sekiranya anda masih belum melakukan perkara berkenaan. Google mengatakan selepas 26 Jun, perkara berkenaan akan dilakukan secara automatik.

Disamping itu, Google juga akan menamatkan sejumlah ciri daripada GMail Labs sekitar penghujung April kelak – termasuk integrasi Google+ dalam GMail.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n1x3TG



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.