Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya risau Nazri sebab dia pemimpin BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya risau Nazri sebab dia pemimpin BN

“Saya tidak kisah mengenai Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) tetapi yang menjadi kerisauan saya adalah Nazri kerana dia merupakan pemimpin BN.

Itu luahan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika ditanya mengenai program dialog bekas Perdana Menteri itu dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz anjuran Sinar Harian yang akan dijadualkan berlangsung pada 7 April di Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Menurut Tajuddin tindakan Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan meneruskan dialog berkenaan hanya akan memberi kesan kepada parti.

“Kesan dialog berkenaan bergantung kepada apa yang akan berlaku semasa ia berlangsung dan apa yang akan diutarakan oleh kedua-dua pihak sama ada menghentam atau sebaliknya.

“Sekiranya berlaku tuduh menuduh antara kedua-duanya tidak akan ada kesan positif malah jika mereka menghina satu sama lain ia boleh menimbulkan pertengkaran,” katanya ketika ditanya pemberita selepas majlis gotong-royong sempena Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017, di Sungai Manik, hari ini.

Menurut Tajuddin, apa yang diharapkan beliau adalah  kedua-dua mereka membincangkan bagaimana membantu rakyat dan cara membawa kemajuan untuk negara ini.

“Rakyat ingin melihat dasar dan polisi yang memberikan hasil kepada mereka dengan idea-idea bernas yang dilontarkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dan bukan sesi menghentam terutama sekali Tun M yang lebih cenderung menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Tajuddin turut mengingatkan Mohamed Nazri walaupun dia berdialog atas namanya sendiri tanpa mengaitkan kerajaan dan parti, ia tetap akan memberi kesan kepada kerajaan dan BN.

“Rakyat tetap akan kaitkan dia (Mohamed Nazri) dengan BN walaupun dia mengatakan bahawa tindakan itu diambil atas nama sendiri dan boleh menyebabkan parti menerima kesan.

“Saya ingin ingatkan Mohamed Nazri bahawa anda mempunyai kepentingan dalam kerjaan dan BN jadi sila ambil kira apabila bercakap ketika dialog nanti,” katanya.

The post Saya risau Nazri sebab dia pemimpin BN appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0rYeA

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.