Hi! Welcome Back and Stay Tune! DBKL rampas 122 unit PPR, Perumahan Awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DBKL rampas 122 unit PPR, Perumahan Awam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 122 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sejak Januari tahun ini selepas mendapati penghuninya melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd Muzammer Jamaluddin berkata, antara kesalahan itu adalah menyewa unit mereka secara haram termasuk kepada warga asing manakala ada yang membiarkannya tidak berpenghuni.

Rampasan yang dibuat sejak Januari hingga hari ini itu melibatkan PPR Pekan Kepong, PPR Kampung Muhibbah, PA Desa Rejang dan PPR Kerinchi Lembah Pantai.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan penyewa yang didapati melanggar syarat perumahan. Langkah tegas ini diambil setelah kami mengeluarkan 481 notis penamatan kepada penyewa bermula Januari hingga Mac,” katanya.

Beliau ditemui ketika menyertai operasi bersepadu DBKL di PPR Kerinchi Lembah Pantai di sini hari ini.

Dalam operasi hari ini, DBKL menyita 19 unit rumah iaitu lapan unit dibiarkan kosong manakala 11 unit lagi dihuni penyewa tidak sah.

Mohd Muzammer berkata, selain itu DBKL turut mengunci bekalan air bagi 173 unit rumah kerana masing-masing mempunyai tunggakan lebih RM1,000.

The post DBKL rampas 122 unit PPR, Perumahan Awam appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n2v4PR

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.