Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah

24 Mac 2017. 6.10 PM

2

Pemandu Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah
Berikutan insiden seorang gadis yang memandu melawan arus dan menyebabkan kemalangan maut, tertuduh mengaku telah tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
 
Pemandu yang melawan arus, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Jamaliah Abd Manap.
 
Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa memandu kenderaan jenis proton Gen 2 di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli di kilometer 134 Lebuhraya PLUS dari plaza tol sungai dua menghala ke Butterworth, kira-kira jam 7.50 pagi pada 14 Mac lalu.
 
Dia didakwa mengikut seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang tempoh lima tahun.
 
12 Mei depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat mangsa.
 
Jumaat lalu, Pei Ven mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
 
Tertuduh, yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 bersama dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis pada setiap minggu.
 
Selasa itu, Pei Ven memandu melawan arus sejauh lima kilometer dari plaza tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.
 
Dia kemudian merempuh sebuah Perodua Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.

Sumber : Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan
 

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nZETPz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.