Dua Banduan Dakwa Kena Liwat Dalam Penjara
Dua Banduan Dakwa Kena Liwat Dalam Penjara|Polis menerima laporan daripada dua banduan Penjara Taiping kelmarin yang mendakwa diliwat oleh banduan lain di penjara berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, laporan berkenaan diterima masing-masing pada jam 4.54 petang dan 5.22 petang.
Katanya, kedua-dua banduan berusia 23 dan 27 tahun itu mendakwa diliwat oleh banduan lain di dalam penjara berkenaan.
“Dua suspek yang dikenalpasti juga adalah banduan, polis tidak perlu menahan reman kedua-dua mereka kerana sudah berada dalam penjara.
“Pegawai penyiasat sedang melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya,” katanya selepas Perhimpunan Memperingati Hari Polis ke-210di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.
Tian Kee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
The post Dua Banduan Dakwa Kena Liwat Dalam Penjara appeared first on Eberita.org.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n4FwGP✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment