Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cub Prix: Kasma Terpantas Di Litar Tangkak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cub Prix: Kasma Terpantas Di Litar Tangkak

KUALA LUMPUR: Penunggang muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan litar baharu apabila mencatat masa terpantas sesi ujian CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 44.347 saat (s) meskipun terjatuh ketika sesi ujian masih berbaki 10 minit.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing, Mohd Adib Rosley muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 44.554s, diikuti Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) dengan 44.717s.

“Saya sukakan reka bentuk litar ini. Ia sangat pantas dan menyeronokkan. Saya perlu mendapat keputusan terbaik di sini memandangkan tidak dapat beraksi di pusingan ketiga di Kemaman nanti. Saya perlu mengutip sebanyak mata mungkin,” kata Kasma.

Rakan sepasukan Adib, Mohd Izzat Zaidi mencatat masa keempat terpantas, 44.767s manakala Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba terbaik daripada Honda dengan masa 44.981s.

Sementara itu, dua penunggang PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Fairues muncul pelumba terbaik kelas CP115 selepas masing-masing mencatat 46.034s dan 46.366s, diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa 46.607s.

Dalam kelas Wira, Khairi Asyraf Mahmood dan Aiman Thirudin (PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech) muncul pelumba terpantas dalam sesi Shoot-Out dengan masa 46.921s dan 47.000s, diikuti Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) 47.004s.

Keputusan Ujian Masa:

CP150

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 44.347 saat (s)

2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha 44.554s

3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha 44.717s

4. Mohd Izzat Zaidi Salehan (SGR) Yamaha 44.767s

5. Mohd Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 44.981s

CP115

1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha 46.034s

2. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha 46.366s

3. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 46.607s

4. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) Yamaha 46.613s

5. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 46.796s

WIRA (Shoot-out)

1. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha 46.921s

2. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 47.000s

3. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 47.004s

4. Md Syafiq Aiman (JHR) Yamaha 47.007s

5. Md Syarifuddin Azman (SGR) Honda 47.142s

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n1Uf57

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.